Assalamualaikum dan selamat berkunjung di Blog Miza Lee! :)

I Love My Followers

Saturday 7 December 2013

About Me



Assalamualaikum,

Nama saya Miza Lee. Kenapa Lee? semua orang kata ada mix ke? entah, saya pun tak tahu. *tak ambil kisah. Kalau anda nak tahu, nama 'Lee' sebenarnya di ambil sebab hero cerita korea Boys Over Flower namanya Lee Min Ho. Dulu suka sangat tengok cerita tu. Ambil short name je. Kihkih! Anda juga boleh memanggil saya Miza untuk pendek. Saya berusia 19 tahun untuk 2013 tapi rasanya ingin seperti selama-lamanya 18. :) *
kalau boleh laaa..
 

Penulisan adalah minat saya. Saya mula menulis blog sejak saya 17. Pada mulanya hanya menulis di dalam buku diari, tetapi dengan adanya laman sosial, segala-galanya terhenti. Oleh itu, blog ini dilahirkan. Saya mewujudkan blog sendiri hanya untuk keseronokan. Tidak pernah terniat untuk menjadi terkenal mahupun mendapat keuntungan sesetengah pihak. Oleh itu, saya membuat blog untuk mencari another part of time iaitu bersantai dan ceriakan diri bila perlu. 
Sebelum membuat keputusan untuk menjadi penulis blog, pastikan anda memiliki motivasi diri agar tidak berhenti di tengah jalan terutama peniaga atas talian sekarang yang semakin rancak. Terlalu banyak saingan hingga ada yang mengundur diri terlebih dahulu. 

Definisi Sendiri

Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Abaikan itu semua dan cipta dunia anda sendiri. Jangan lihat blog orang lain hebat kerana komen dan jumlah LIKE yang banyak. Apa pun yang penting kandungan/ isi dalam blog yang penting. Rasa tergugat? hilangkan perasaan tu cepat-cepat! Apa pun berpegang kuat pada fokus anda yang sebenar. Kalau korang nak tahu, saya juga akan habiskan masa dengan membaca semula entri-entri yang lama. actually itu lebih awesome! Lastly, my writing comes pure from the heart. I hope you will enjoy reading my blog. By the way, thank you for reading this entry. :')

sincerly,

Miza Lee

2 comments:

 
© Copyright | All Right Reserved by Miza Lee